Sunday, April 10, 2011

:::rintihanku dengarlah:::

bagaikan sukar dipercaya apabila diri ini hampir melangkah ke gerbang baitul muslim..

apakah aku sudah bersedia wahai tuhanku??? jiwaku tertanya2... bukanlah si dia atau keluarganya yang mencelarukan hati dan perasaan ini... tetapi kekurangan diri ini yang aku kesali... tuhanku salahkah aku menundukkan hati ini untukMU.. merendahkan diri yg maha lemah ini keranaMU... kekuatanku ini adalah dariMU.. maka kasihilah aku selalu wahai tuhanku..

duhai..sungguh besar perananku ini nanti sebagai seorang isteri dan banyak pula cabaran si dia takdirMU nanti sebagai seorang suami... limpahkanlah rasa kasihku ini terhadap si dia yang bakal menghuni laman hati ini... permudahkanlah urusan kami wahai tuhanku... damaikanlah hati-hati ini selalu sebelum sahnya ikatan diantara kami.. peliharalah kami dari zina2 mata dan hati...

hanya ENGKAU yg maha mengetahui maksud hamba ya rabbi..

semoga bersatunya hati-hati menambahkan lagi rasa syukur dan CINTA kami terhadapMU...

kerana tiada yang lain saat ini yang aku perlu selain diriMU wahai tuhanku... ingatkanlah kami selalu... tegurlah hati kami selalu


Saturday, March 26, 2011

lidahku kelu

lama jemari tak menaipkan rasa dan bicara...
terlalu banyak yang telah ditakdirkanNYA buatku setiap saat...
namun pencarianku ini hampir tamat dimata manusia
tetapi bagiku inilah MULANYA...

istikharahku hampir bertemu jawapan...
tuhanku... KAU SAHAJA YANG MAHA TAHU
apa jua aku sujud dan akur demiMU
moga deritaku disini
menjadi KEBAHAGIAAN yang hakiki

Friday, February 4, 2011

kesyukuran itu makna bahagia


seringkali bahagia itu disandarkan dengan sesuatu..
seringkali juga gembira itu disandarkan pada sesuatu...

gembiralah dengan apa sahaja yg datang padamu
bahagialah bersama pengucapan syukur dengan apa adanya...

la tahzan la tahzan...
innallaha ma'ana...

jika tuhan itu sentiasa dihati...
perasaan ini sentiasa merasa cinta dan simpati pada diri..
maka tidaklah terzalim pada jiwa yang merintih sedih
tiap kali terbuat dosa...

terkadang aku begini
dan kadangkala pula begitu...
mengetahui ENGKAU itu tuhan..
menenangkan jiwaku..

meski cinta ini jauh...
namun kehadirannya mendamaikan hati...
maafkan aku tuhanku...
maafkan aku selalu...

mahu sentiasa denganMU...