Wednesday, October 31, 2012

::: bicara untuk ILLAHI :::

mataku hampir terpejam namun tidak pada akal dan juga hati...
keduanya ini tidak pernah berhenti
sehingga sering aku bermimpi..
aku sedang berjalan tanpa henti,

semoga zikir dan tasbih menemani nafas sehingga waktunya...
menjemputku pulang...
biiznillah...

Monday, October 29, 2012

::: sinar harapan :::




kata hatiku... sungguh rindu pada dia wahai tuhanku... adik kesayanganku yang takkan  kutemui lagi di dunia... 


wahai ILLAHI.. doaku kabulkanlah.. temukan kami yang saling merindui keranaMU disyurga.. biiznillah


Wednesday, September 19, 2012

rinduu... rinduu.. rinduu..

JADI RINDU PADA SI COMEL NI...

Khaulah Izz Zahrah
permata hati ibu
",

“Mencintai tak semestinya memiliki”

jadi tersenyum menatap sebaris ayat diatas

aku jua punya kisah.. kisah cinta... CINTAKAH?
mungkin... namun perjalanan hidup yang panjang ini membuatkan aku tertinggal jauh mengenai pencarian cinta dan pengertian cinta...

aku hidup dijadikan tuhan.. dengan menjadi insan yang sentiasa memberikan cinta.. dan aku bukanlah seorang insan yang begitu mudah untuk menerima cinta selainNYA.. 

dengan ini... sebagai seorang wanita.. aku dilahirkan dgn harga yang begitu mahal untuk dimiliki.. dan harga nilai diriku ini diberikan oleh ALLAH.. tuhanku yang maha bijaksana dan maha menyintaiku apa adanya.

ternyata cintaku ini... masih padaNYA.. ALHAMDULILLAH,, walau diriku kini sudah dihadiahkan pada seorang suami yang jua turut kuberikan cinta, namun aku turut mewakafkan diri ini pada jalanNYA.. semoga kami tidak tersesat kerana CINTA sehingga ke syurga..

betapa aku memerlukan CINTA.. namun ternyata CINTA yang kuperlukan adalah CINTA yang sungguh MAHAL HARGANYA....


ALHAMDULILLAH...



Tuhanku,
 pabila terasa perit menggapai cintaMU 
pabila terasa pedih meraih redhaMU 
pabila terasa sakit melalui maghfirahMU 
pabila terasa pilu merinduiMU 
pabila terasa jauh dari jarakMU 
pabila terasa resah memohon taubatMU 
pabila ku pasrah dengan ketentuanMU... 
hanya satu kalimah yang terlafaz dilisanku..
 ALHAMDULILLAH... 
semoga kau tetap utuh difikiranku... 

teramat payah hamba mengubat rindu....

Seperti bulan berlalu pergi 
diganti fajar menyinsing pagi 
tatkala hujan meresah diri 
diganti pelangi secantik hari
 tatkala ujian menjadi pelemah 
selembar khilaf mudah menjelma 
mardhatillah kian terasa payah 
namun hadir pula secangkir hikmah
 maka dimana lagi terbentangnya rahmah
 kalamullahMU tidak berdusta 
disitulah kiblatMU hamba berteleku 
memohon maghfirahMU menjadi penentu 
sujud ku padaMU berlagu sendu 
teramat payah mengubat rindu.... 


mashmallow for any event mengikut gubahan dan citarasa anda...

colorful choices for mashmallow
only rm 5



ice cream mashmallow
one pack for rm 1.50

for 500 pack (each one rm 1)





mashmallow for any event mengikut gubahan dan citarasa anda.



colourful mashmallow with filling

one pack- rm 2.50
for 500 pack (each one rm 2 )

rainbow mashmallow with filling

one pack -rm 3
for 500 pack (each one rm 2.50 )

mashmallow with filling

one pack rm 1.50
for 500 pack (each one rm 1)

blueberry mashmallow



mashmallow with grape filling



mashmallow with orange filling



mashmallow with strawberry filling



mashmallow with choclate filling



anda boleh mula menempah sekarang!!

call or text : 0192557268 siti adibah (24hours)
menerima tempahan, termasuk gubahan, door gift dan penghantaran untuk
apa sahaja majlis, hantaran, harijadi dan lain-lain

Monday, August 6, 2012

♥ baju untuk disewa for event n wedding ♥

wedding dress

sewa baju: rm 250


 jubah for event

sewa baju: rm 50

 jubah for event or dll

sewa baju: rm 150


wedding dress wif cardigan

sewa baju: rm 300

untuk tempahan just pm me
mrs diba
0192557268

Thursday, August 2, 2012

~ saat persahabatan sukar dimengerti ~

bila dia berkata..sukar untuk memahami aku kerana aku tidak mahu difahami.... aku senyum dan mengabaikan pertanyaan itu.. seorang sahabat yang sering menyalahertikan siapa sahabatnya ini..
bagaimanapun tiap doa ada namanya...

::: perjalanan yang baru mengimbas kembali siapa aku :::

aku.. yang dulunya seorang gadis kecil membesar dgn penuh bahagia dan derita dalam menuju kejalanNYA... menerima dgn erti syukur yang tidak terhingga.. ALHAMDULILLAH..

waktu persekolahan yang penuh dgn tawa



kemudian sewaktu melangkahkan kaki kearah cita2



sewaktu mengorak langkah kearah kerjaya



sewaktu hati sedang bahagia bersama mereka



ketika mana sedang menuju cita2



kemudian dalam perjalanan ini aku bertemu dia



dan seterusnya dianugerahkan cahaya mata



terima kasih wahai ummi.. terima kasih wahai ayah



dan juga adik beradik yg tercinta



kini aku adalah aku yang tabah dgn segala nikmat dan ujianNYA..



terima kasih wahai ALLAH ..

ila: khaulahmujahidah90... sirr ala asrar~

Wednesday, August 1, 2012

~ takdir cinta ~



kututup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat wajahmu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati
 yang mengalir lembut

penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa
yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku

andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta 
kau dan dia 
aku bukan nabi 
yg bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup 
seperti ini 
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia 
bukan ku yg mahu
oh tuhan tuntunlah hatiku

Tuesday, July 31, 2012

::: ini cara aku :::

malangnya ini bukan akhirat
ini masih lagi dunia..
rasa takut mengatasi segalanya
membisu bagiku bukan satu cara
namun aku tetap memilih untuk membisu
selain menyakitkan dgn kata yg membuatkan aku sendiri merasa sakit

aku memilih rasa sakit untuk menutup erti kelemahan :)

Saturday, July 28, 2012

::: aku tetap memandang langitMU :::

::: sungguh aku dalam kesedihan.. dan itu rahmah bagiku.. tuhan menganugerahkan ujian agar aku mengerti bahawa selama ini DIA ada disisi.. memerhatikan aku... aku tidak tahu kemanakah langkahku seterusnya.. aku tidak tahu mengapa aku sering sahaja ditinggalkan... yang aku tahu... ALLAH sentiasa ada... sentiasa menunjukkan kekuasaannya... dan kasih sayangnya padaku... biarpun aku sedih... namun rasa syukur jua sentiasa terbit dari jiwaku.. ALHAMDULILLAH aku ucapkan dgn linangan air mata.. betapa manusia ini sebenarnya bukan siapa siapa nak dibandingkan dgn ENGKAU wahai ALLAHku :::

Saturday, June 9, 2012

::: cahaya hati tatkala sunyi.. tatkala seringku merasa sepi dlm keramaian ummahMU INI :::

mengharap padaMU wahai ALLAH.. semoga kesunyian dan kesedihan dihati ini terhapus tatkala si comel didalam rahimku ini lahir ke dunia.. aku tak punya apa sebagai peneman.. selain ENGKAU dan bayi ini yg saban hari mengetahui keadaan hatiku... peliharalah matahari kecilku ini.. peliharalah cahaya mataku ini...

Wednesday, June 6, 2012

::: sampai syurga :::


mengenang kenangan manis kita...

tatkala jemari bertaut rapat
hati nan malu berdesir indah
jiwa kini bersulam bahagia
meratib syukur dgn setulus adanya
perasaan hangat damai terasa
kerana cinta tersimpul setelah nikah
insya allah erat memimpin ke syurga
dunia kini mengumpul pahala
mentaati suami dgn rela
redha ummi dan lapanglah ayah
saat ALLAH memilih si dia
untuk anak gadisnya yg tercinta...

syukur,,, cinta hingga syurga biiznillah...
30.7.2011 ...10am <3 love story...

Tuesday, June 5, 2012

::: senyuman ibu untukmu matahari kecilku ... ahlan wasahlan kedunia dgn izinNYA :::


hatiku bersulam indah 
walau saat ini mataku berkaca jernih
itu gantinya dari apa yg KAU takdir..
aku tahu erti rasaku
aku tahu ENGKAU jua tahu
kerana itu aku DIAM..
kerana itu aku berdiam...

aku tidak meminta agar dihentikan waktu
aku tidak meminta agar KAU kembalikan waktu
cukuplah apa yg ENGKAU berikan padaku
maka cukuplah tersenyumnya bibirku
merawat hati yg lirih dgn sabar

KAU menciptakan bulan..
KAU menciptakan bintang
agar aku mampu tertawa
saat memandang langitmu yang bercahaya
namun aku memilih yang terik cahayanya
MATAHARI yg memancar HIDAYAH
sukar... namun itulah PERMATA..
saat jiwaku sedang dimamah derita
walau bahang dan betapa panas sinarnya
aku tetap memandangnya...

kata puitis ini untukmu sayangku
yg bakal lahir menyinari jalan ummah
ibu mahu kau tahu sesuatu...
perjalanan ini bukan mudah..
namun tika dirimu berada dalam diriku..
itu adalah suatu yg terindah..
kemanisan yg hanya aku dan rabb yg tahu
keindahan yg menggantikan segala keperitan..
ibu mahu kelihatan cantik dalam dirimu
ibu mahu kelihatan indah dalam hatimu
dgn ini salam syg ibu buatmu..
semoga kelahiranmu ini bakal mengubah dunia kita
menjadi lebih terbaik dari sebelumnya...

::: khaulah mujahidah :::

tabahnya ibu kerana kehadiranmu.. kerana ALLAH itu maha agung sayangku <3