Monday, December 6, 2010

~ SALAM MAAL HIJRAH bi hamdalah,wahai TUHANku ~

hiduplah aku kerana CINTAMU
bahagialah hati kerana RINDUKU
tenanglah jiwa MENGINGATIMU
damailah sanubari dengan KASIHMU
dan menjadi tabahlah seorang aku dengan TUHANku
Hari ini... perasaan ku HARMONI...
LUAR DARI BIASA.... (^_^)
ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU
aku seronok BERCINTA dengan TUHAN
aku BAHAGIA hidup bersama TUHAN
bicaraku hari ini dipenuhi dengan lakaran cahaya..
menggapai bintang bukan hanya untukku cahayanya...
ianya kan menyuluh sekalian manusia,
demi bertemuMU,,
perlunya aku mengistiqamahkan MUJAHADAH ini...
semoga kita bertemu kelak..
semoga kita bertemu wahai TUHANku
semoga terubat RINDUKU yang SATU
semoga hilang segala DUKAKU
semoga hati ini BERSIH untukMU
semoga aku BERJIHAD selalu
khaulah mujahidah... baiki lagi perjalananmu,
bangun setelah jatuh...
jangan bersedih dan jangan bersikap lemah (^_^)

Tuesday, November 9, 2010

~MIMPI YANG INDAH~


DAN....


di sepanjang perjalanan dalam mimpiku..

kuperhatikan setiap orang yang berada dihadapanku..

melintasi aku tanpa sebarang HARTA KEMEWAHAN DUNIA

yang ada ditiap-tiap tangan itu hanyalah

KALAMMU wahai TUHANKU..

tiba-tiba datang seorang anak kecil memegang erat tanganku..

tersenyum dan pakaiannya indah

matanya amat redup dan berkaca-kaca...

wajahnya sungguh bercahaya sekali dan tatkala dia mengukirkan senyuman

katanya dengan riang padaku..

JANGAN BERSEDIH SAYANGKU...

aku sangat mencintaiMU kerana TUHANKU JUA AMAT MENCINTAI ENGKAU!

lantas dipeluknya aku dengan erat sambil menghiburkan kesedihan hatiku dengan berselawat..

indah sungguh hatiku kala itu.. irama harmoni menari-nari disegenap aliran darahku...

TANGISAN HATIKU terhenti...


MIMPI KECIL yang membuatkan aku terbangun dan MENANGIS,MENANGIS DAN MENANGIS...


tak mahu kesedihan ini MENCACATKAN IMANKU...

aku jua mampu BAHAGIA DENGANNYA ASALKAN AKU BERUSAHA

TUHAN... bantulah aku dalam istiqamahku~

Saturday, August 21, 2010

~ sahabat sejati ~

mengandungi seribu makna untukku~


Wednesday, August 18, 2010

~ rintihan cintaku ~


Aku tahu~ ENGKAU tuhanku
adalah cinta agung
aku pun mahu mencintaiMU
aku tahu mencintaiMU amat perlu
ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
aku berusaha kearah itu
tapi cinta padaMU tuhan selalu terganggu

banyak yang datang menganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempesona menggamit selalu
diwaktu itu lupaku padaMU

cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
adakalanya lupaku padaMU berpanjangan sekali
kemudian sekali sekala sedar kembali

ENGKAU cinta agung
ENGKAU patut dicintai
selepas itu kulupa lagi

begitu cintaku kepadaMU tuhan
dengan hati yang sedih ini..
bantulah aku mencintaiMU
itulah harapanku padaMU
"khaulahmujahidah90"
walau sedikit.. terasa indahnya.. wahai TUHANku~

HATIku~


ALLAH~ hati ini...
ILLAHIku~ hati ini...
TUHANku~ hati ini...


KAU maha mengetahui..
PELANGI-PELANGI CINTA...


aku tak mahu menyerah..
tapi semakin ku mencuba semakin sedih perasaannya...
kakiku sudah melangkah tapi hatiku enggan berganjak..

deritanya hatiku..


ALLAH...
kau maha PENCIPTA HATIku...

maka dengan asmaMU ya MUQALLIBAL QULUB...
tetapkanlah keputusanku.. keimananku..ketabahnku
dalam membina kekuatan ini...



bi asma lillah..
tsabbit qulubana yarabbana~

istiqamahkann aku dalam usahaku..
memerangi nafsu amarah,lawwamah dan marhamah~

'khaulah mujahidah90'

Wednesday, May 12, 2010

cintaku...

Tuhan.. leraikanlah dunia..
yang mendiam didalam hatiku..
kerana disitu tidakku mampu
mengumpul 2 cinta..
hanya cintaMU.
kuharap tumbuh dibajai
bangkai nafsu yang kubunuh..

Dunia dan nafsu bagaikan bayang2 bagiku..

aku ingin menjerit..
aku ingin berlari sederas2nya...
aku tak mahu menunggu lagi...
aku mahukan KAMU..
kerana aku takutkan azabMU..
kerana hatiku telah jatuh cinta...

khaulah mujahidah.. tabahkanlah hati... kuatkanlah diri..
tolaklah segala yang haram.. tariklah segala yang halal..

Monday, May 10, 2010


hatiku berbelah bagi..

ummi kata begini.. ayah kata begini..

dan aku menatap ILLAHI... ALLAH..


inginku hentikan langkah ini bagaikan tak mampu untukku bertahan.. semangat tenggelam.. lemah dayaku.. haruskah aku menahan namun jiwaku.. berbisik inilah dugaan.. inilah tarbiyahNYA... untukku..


lambaian JORDAN kian samar di kaca mataku yang berkaca-kaca....


dan malamnya aku terduduk kaku usai tahajjud..tanganku menadah.. aku meminta lagi dan lagi dan lagi.. jangan KAU kekalkan sedih dan resah ini...

andai itu takdir yang tersurat.. mampirkanlah rasa keikhlasan direlung hatiku...


bergetar bibirku bergetar hatiku.. menahan esak tangis ini.. tiada lain yang harus kutemui tatkala ini melainkanMU...


tidak mahu kesedihan ini mencacatkan imanku...


khaulahmujahidah90'

Sunday, April 4, 2010

sedikit ilmu dari DIA.. partz one

alhamdulillah program reunion yang kami planningkan dalam suasana yg agak kelam kabut berjalan dengan lancar..
kata hafiz: apapun sangat puas hati pada hari tersebut
dan aku pula menzahirkan rasa kesyukuran yang amat pada ILLAHI..
ALLAH.. memang dialah yang terutama didalam hati...



tengahari on 3 april 2010..

bro syamil memberi kami satu ilmu yang mana ya ILLAHI.. sangat luar biasa dan sangat berharga bagi kami..
aku hanya jadi teringat pada 4 perkara ini sahaja..

1. membacakan..

2.menyucikan

3.mengajarkan

4.hikmah...



ALLAH kata-katamu ini teramatlah benar dalam pencarian dakwah yang kami amat dahagakan ini...
ternyata... kaedah inilah yang digunakan oleh junjungan besar nabi kita yang mulia:

muhammad s.a.w

hurmz;;;
juga disampaikan kisah nabi musa.. yang ditarbiah ALLAH sebelum menyampaikan dakwah kepada firaun dan bala tenteranya...




to be continuedz.. perlu menyiapkan sebahagian asgmentz ya sahabat..


Friday, April 2, 2010

menanti detik..

ALLAH

perasaan jadi tak menentu mengenangkan pagi ini nanti bagaimana perlaksanaannya..
rasanya kami merancang yang terdaya bagi kami mengaturnya..
namun kau maha mengetahui.. segalanya dengan kuasa perancanganmu yang lebih baik dari kami hamba-hambamu..
ALLAH..
serasa jiwaku FULL dengan perasaan gundah gulana dan resah gelisah..
dengan rahmatMU.. kurniakanlah..
biarkan kami di atas jalan yg sama menuju MARDHATILLAHMU...
tsabbit qulubana ya rabbana..
amin ya rabbana..

perjalanan... melangkah saja aku tak berteman
keluar menyusuri warna-warna kehidupan
kadang gelita kadang bercahaya
masih tak bertemu..

melangkah lagi terjumpa iman
salam kuhulur bertanya mesra
namun jawapannya meluluhkan jiwa
sering terhiris sakaratnya bisa..

meniti hari bertemu rohani
kusapa salam lantas bersedih
mengapa lelahmu terserlah kini
kerana AKU masih ditinggal sepi
tanpa suapan kata-kata sakti

menyusuri diri menghadap mentari
bakarlah aku.. hanguskan aku..
biar rentungku dengan dosaku
kerana sang TAQWA telah meninggalkanku
kerana cahaya menjadi malu
semuanya kerana aku..
aku yang dulu..

dan esoknya kemudian..
aku disapa
sang BIDADARI berwajah seri
menghulur tangan menyerah hati.
siapa ini??
DIA yang kau bersihkan kala dinihari
saat TAQARRUBmu menyelubungi diri
saat TAHAJJUDmu teralir lembah mutiara
saat teriknya mentari menghanguskan NODA
saat ingatanmu padaNYA..
tidak sedetikpun DIA melupaimu..

sungguh beruntungnya aku
aku yang hina masih layak dicintai
aku yang penuh dosa masih layak diampuni
aduhai ILLAHI... perjalananku..
perjalananku..
perjalananku..
semata menujuMU


aku..
bukan mahukan dunia serta isinya
aku mahukan KAMU
sekalipun seluruh dunia menghinaku
biar tenggelam aku di ambang amarahnya

aku..
tetap mahukan KAMU..
tiap detik,,
tiap waktu,,
KAU yang sering difikiranku..
segalanya seperti suram tanpaMU..

aku jadi............... RINDUU


~~KHAULAHMUJAHIDAH90~~

ya illahi rahmatah minhah..


oh tuhan..berikanlah..
sedikit..
rasa cintamu...padaku..
semoga..seluruh..
cintaku untukMU..

oh tuhan..kurniakanlah..
sedikit..
rasa takutkanMU...padaku..
semoga..
kutidak takut..
selainMU..

YA ALLAH dengan rahmatMU
kurniakanlah...

ya illahi rahmatah minhah...


ya ALLAH.. jadikanlah air mataku..
diwaktu takut denganMU
pemadam api nerakaMU..
jatuhnya air mataku..
menggugurkan.. dosa-dosaku..


tuhan kalau bukan dengan rahmatMU
aku tidak akan terlepas dari azabMU..


aku lemah.. bantulah aku... untuk...
berMUJAHADAH selalu..
syaitan sering menipu dayaku.
lindunglah aku darinya..


ya ALLAH dengan rahmatMU.. kurniakanlah..
aku kesedihan amat ketika menaipkan ayat demi ayat.. mengapa aku jadi teringatkan masa lalu ku.. aku rasa jahil benar diriku tika itu..
tsabbit qulubana ya rabbana..

sekadar bicara

alhamdulillah ya ALLAH.. aku hari ini serasa seperti bahagia amat denganMU.. segalanya yang kau aturkan padaku berjalan dengan smooth sekali huhu.. bagaimana lagi ya mahu kuungkapkan perasaan ini.. segalanya.. yang aku punya,, kepunyaanMU, yg aku sayangi jua kesayanganMU... serasa ingin tiap hari aku bertemu denganMU... tapi kebelakangan ini aq sepertiii...

Thursday, April 1, 2010

permulaan.. khaulah.. bismillah..




ya ALLAH dengan rahmatMU kurniakanlah...
aku...
sahabat duka penawar hati
kalam suciMU penyentuh rohani
keluarga rahmah dibawah naunganMU
guruku mulia menuntun langkahku
zaujun mujahid dengan tarbiahMU
melembutkan hatiku dengan cintaMU
menguatkan langkah berjihad kejalanMU
mengiringi aku ke universiti redhaMU..
sampai kesyurga aku..
mengasihiMU
tsabbit qulubana ya rabbana...
cintailah aku selamanya...
mencintai KAMU sentiasa...
khaulah mujahadah 90