Wednesday, May 12, 2010

cintaku...

Tuhan.. leraikanlah dunia..
yang mendiam didalam hatiku..
kerana disitu tidakku mampu
mengumpul 2 cinta..
hanya cintaMU.
kuharap tumbuh dibajai
bangkai nafsu yang kubunuh..

Dunia dan nafsu bagaikan bayang2 bagiku..

aku ingin menjerit..
aku ingin berlari sederas2nya...
aku tak mahu menunggu lagi...
aku mahukan KAMU..
kerana aku takutkan azabMU..
kerana hatiku telah jatuh cinta...

khaulah mujahidah.. tabahkanlah hati... kuatkanlah diri..
tolaklah segala yang haram.. tariklah segala yang halal..

Monday, May 10, 2010


hatiku berbelah bagi..

ummi kata begini.. ayah kata begini..

dan aku menatap ILLAHI... ALLAH..


inginku hentikan langkah ini bagaikan tak mampu untukku bertahan.. semangat tenggelam.. lemah dayaku.. haruskah aku menahan namun jiwaku.. berbisik inilah dugaan.. inilah tarbiyahNYA... untukku..


lambaian JORDAN kian samar di kaca mataku yang berkaca-kaca....


dan malamnya aku terduduk kaku usai tahajjud..tanganku menadah.. aku meminta lagi dan lagi dan lagi.. jangan KAU kekalkan sedih dan resah ini...

andai itu takdir yang tersurat.. mampirkanlah rasa keikhlasan direlung hatiku...


bergetar bibirku bergetar hatiku.. menahan esak tangis ini.. tiada lain yang harus kutemui tatkala ini melainkanMU...


tidak mahu kesedihan ini mencacatkan imanku...


khaulahmujahidah90'