Tuesday, June 5, 2012

::: senyuman ibu untukmu matahari kecilku ... ahlan wasahlan kedunia dgn izinNYA :::


hatiku bersulam indah 
walau saat ini mataku berkaca jernih
itu gantinya dari apa yg KAU takdir..
aku tahu erti rasaku
aku tahu ENGKAU jua tahu
kerana itu aku DIAM..
kerana itu aku berdiam...

aku tidak meminta agar dihentikan waktu
aku tidak meminta agar KAU kembalikan waktu
cukuplah apa yg ENGKAU berikan padaku
maka cukuplah tersenyumnya bibirku
merawat hati yg lirih dgn sabar

KAU menciptakan bulan..
KAU menciptakan bintang
agar aku mampu tertawa
saat memandang langitmu yang bercahaya
namun aku memilih yang terik cahayanya
MATAHARI yg memancar HIDAYAH
sukar... namun itulah PERMATA..
saat jiwaku sedang dimamah derita
walau bahang dan betapa panas sinarnya
aku tetap memandangnya...

kata puitis ini untukmu sayangku
yg bakal lahir menyinari jalan ummah
ibu mahu kau tahu sesuatu...
perjalanan ini bukan mudah..
namun tika dirimu berada dalam diriku..
itu adalah suatu yg terindah..
kemanisan yg hanya aku dan rabb yg tahu
keindahan yg menggantikan segala keperitan..
ibu mahu kelihatan cantik dalam dirimu
ibu mahu kelihatan indah dalam hatimu
dgn ini salam syg ibu buatmu..
semoga kelahiranmu ini bakal mengubah dunia kita
menjadi lebih terbaik dari sebelumnya...

::: khaulah mujahidah :::

tabahnya ibu kerana kehadiranmu.. kerana ALLAH itu maha agung sayangku <3

No comments: