Wednesday, September 19, 2012

“Mencintai tak semestinya memiliki”

jadi tersenyum menatap sebaris ayat diatas

aku jua punya kisah.. kisah cinta... CINTAKAH?
mungkin... namun perjalanan hidup yang panjang ini membuatkan aku tertinggal jauh mengenai pencarian cinta dan pengertian cinta...

aku hidup dijadikan tuhan.. dengan menjadi insan yang sentiasa memberikan cinta.. dan aku bukanlah seorang insan yang begitu mudah untuk menerima cinta selainNYA.. 

dengan ini... sebagai seorang wanita.. aku dilahirkan dgn harga yang begitu mahal untuk dimiliki.. dan harga nilai diriku ini diberikan oleh ALLAH.. tuhanku yang maha bijaksana dan maha menyintaiku apa adanya.

ternyata cintaku ini... masih padaNYA.. ALHAMDULILLAH,, walau diriku kini sudah dihadiahkan pada seorang suami yang jua turut kuberikan cinta, namun aku turut mewakafkan diri ini pada jalanNYA.. semoga kami tidak tersesat kerana CINTA sehingga ke syurga..

betapa aku memerlukan CINTA.. namun ternyata CINTA yang kuperlukan adalah CINTA yang sungguh MAHAL HARGANYA....


No comments: