Friday, April 2, 2010


perjalanan... melangkah saja aku tak berteman
keluar menyusuri warna-warna kehidupan
kadang gelita kadang bercahaya
masih tak bertemu..

melangkah lagi terjumpa iman
salam kuhulur bertanya mesra
namun jawapannya meluluhkan jiwa
sering terhiris sakaratnya bisa..

meniti hari bertemu rohani
kusapa salam lantas bersedih
mengapa lelahmu terserlah kini
kerana AKU masih ditinggal sepi
tanpa suapan kata-kata sakti

menyusuri diri menghadap mentari
bakarlah aku.. hanguskan aku..
biar rentungku dengan dosaku
kerana sang TAQWA telah meninggalkanku
kerana cahaya menjadi malu
semuanya kerana aku..
aku yang dulu..

dan esoknya kemudian..
aku disapa
sang BIDADARI berwajah seri
menghulur tangan menyerah hati.
siapa ini??
DIA yang kau bersihkan kala dinihari
saat TAQARRUBmu menyelubungi diri
saat TAHAJJUDmu teralir lembah mutiara
saat teriknya mentari menghanguskan NODA
saat ingatanmu padaNYA..
tidak sedetikpun DIA melupaimu..

sungguh beruntungnya aku
aku yang hina masih layak dicintai
aku yang penuh dosa masih layak diampuni
aduhai ILLAHI... perjalananku..
perjalananku..
perjalananku..
semata menujuMU


aku..
bukan mahukan dunia serta isinya
aku mahukan KAMU
sekalipun seluruh dunia menghinaku
biar tenggelam aku di ambang amarahnya

aku..
tetap mahukan KAMU..
tiap detik,,
tiap waktu,,
KAU yang sering difikiranku..
segalanya seperti suram tanpaMU..

aku jadi............... RINDUU


~~KHAULAHMUJAHIDAH90~~

2 comments:

سيتي سيدة النّفيسة بنت عبد الحميد said...

hey..
ikan in the picture...!
i have too..
kikiki
tp wane merah... =)

khaulah mujahadah said...

hallah.. yeker.. da amik pastuh kalerkan ea.. patut r ikan kiter ilanggg (^_^)